Tuesday, March 25, 2008

Padi Lebih kental - Album terbaru padi



Label: Sony BMG Music
Judul: Tak Hanya Diam
Artis: Padi
Genre: Pop Rock



Puas saya menahan sabar untuk menanti kelahiran album kelima, Padi yang berjudul Tak Hanya Diam ini. Akhirnya, sukses juga album ini berada di pasaran walaupun pada dasarnya sebelum ini sudah pun wujud beberapa krisis dalaman yang berlaku di dalam band muzik yang diiktiraf sebagai antara yang terbaik selain Gigi dan Dewa 19.


Antaranya ialah mengenai pembubaran Padi serta masalah rumahtangga yang dihadapi pemain dramnya, Yoyo bersama penyanyi manis yang sedang meningkat naik di negara seberang tersebut iaitu Rossa.


Sebagaimana 4 album terdahulu mereka sebelum ini, penggunaan judul album baru Padi ini juga turut menggunakan salah sebuah lagu yang pernah mereka muatkan dalam album terdahulu.

Jadi, kalau anda fikir, Padi sebelum ini entah ke mana menghilang. Mesej yang mereka ingin sampaikan sudah cukup jelas untuk menjawab segala persoalan yang timbul - Tak Hanya Diam.....


Secara keseluruhan, saya betul-betul berpuas hati dengan penerbitan album terbaru Padi yang turut dianggotai Fadly selaku vokalis, Piyu (gitar utama), Ari (gitar kedua) serta Ari (bassist) ini.


Sebabnya ialah kerana mereka masih berupaya menonjolkan kekuatan di segi indetiti serta bunyian muzik mereka yang memang sudah akrab bersarang di jiwa peminat mereka.


Sungguhpun begitu banyak improvisasi yang dilakukan Padi di dalam album ini iaitu dengan memberikan tumpuan terhadap permainan muzik yang semakin hebat dan matang, bunyian yang semakin kaya dengan elemen-elemen baru serta beat-beat yang lebih berwarna dan bervariasi.


Dari segi liriknya pula, ia kedengaran lebih universal berbanding empat album terdahulunya yang fokusnya sebelum ini asyik memperkatakan mengenai cinta, cinta dan cinta.


Kali ini, lebih banyak persoalan mengenai kedamaian, perjuangan hidup serta kehidupan ini diperkatakan. Barangkali, ia adalah hasil daripada pengamatan mereka terhadap bencana tsunami serta gempa bumi yang pernah melanda bumi Indonesia sebelum ini.
Malah, buat pertama kali juga, Piyu dan Rindra turut tampil sebagai vokali menerusi lagu Belum Terlambat serta Jangan Datang Malam Ini. Lagu Belum Terlambat yang dijadikan sebagai track ketiga album ini adalah sebuah lagu mellow yang saya rasa cukup tipikal daripada Padi.


Maksud saya lagu inilah yang paling mudah menjadi lagu paling cepat diterima oleh kalangan peminat band muzik Padi ini. Lagu Jangan Datang Malam Ini pula sekadar biasa saja.


Sungguhpun begitu, saya lebih tertarik dengan track pertama, Sang Penghibur yang mempunyai tempo agak tinggi. Selalunya memang begitulah track pembuka Padi. Mesti mempunyai tempo yang tinggi.


Sungguhpun, Padi cuba bereksplorasi untuk memenuhkan segenap dengan elemen serta bunyian yang sungguh kenyal. Ada pengaruh Muse di dalam lagu ini. Sebab itu muziknya kedengaran penuh di mana-mana pun.


Paling membuatkan saya rasa happy dan senang bila ada lagi lagu seperti Menerobos Gelap yang dimuatkan di dalam album. Terluka yang menjadi track kelima album ini tetap menggunakan formula melodi serta lirik yang sama. Iaitu seseorang yang kecewa tetapi bangkit semula daripada kegagalannya.


Sungguhpun begitu energy lagu ini tidak akan tercapai jika tidak diiringi dengan kepantasan Piyu dan Ari yang dari awal hingga akhir berusaha untuk melengkapi antara satu sama lain dengan mengangkat nuasa lagu itu ke tahap yang terbaik.


Track yang seterusnya Jika Engkau Bersedih yang turut menggunakan akustik gitar, cello dan cajun bersama koir yang terhasil secara impromptu pula akan mengingatkan anda pada lagu Save My Soul terutama bahagian bunyian etniknya. Cuma ia bersifat lebih moderate.


Elemen dan bunyian etnik masih lagi terus menguasai lagu Teruslah Menyanyi yang menyusul selepas itu. Bunyian whistling, clapping digunakan termasuklah alat muzik brass seperti trumpet dan fugelhorn. Ia sebuah lagu yang ceria dan mempunyai energy macam album Penjantan Tangguh daripada Sheila On 7.


Aku Bisa Menjadi Kekasih yang menjadi track terakhir album ini juga harus anda hayati kerana Padi cuba menyelitkan unsur dan pengaruh The Police. Sangat relevan dengan kemunculan The Police dengan konsert jelajah ulang tahun band muzik mereka.

No comments: