Tuesday, March 25, 2008

Padi Lebih kental - Album terbaru padi



Label: Sony BMG Music
Judul: Tak Hanya Diam
Artis: Padi
Genre: Pop Rock



Puas saya menahan sabar untuk menanti kelahiran album kelima, Padi yang berjudul Tak Hanya Diam ini. Akhirnya, sukses juga album ini berada di pasaran walaupun pada dasarnya sebelum ini sudah pun wujud beberapa krisis dalaman yang berlaku di dalam band muzik yang diiktiraf sebagai antara yang terbaik selain Gigi dan Dewa 19.


Antaranya ialah mengenai pembubaran Padi serta masalah rumahtangga yang dihadapi pemain dramnya, Yoyo bersama penyanyi manis yang sedang meningkat naik di negara seberang tersebut iaitu Rossa.


Sebagaimana 4 album terdahulu mereka sebelum ini, penggunaan judul album baru Padi ini juga turut menggunakan salah sebuah lagu yang pernah mereka muatkan dalam album terdahulu.

Jadi, kalau anda fikir, Padi sebelum ini entah ke mana menghilang. Mesej yang mereka ingin sampaikan sudah cukup jelas untuk menjawab segala persoalan yang timbul - Tak Hanya Diam.....


Secara keseluruhan, saya betul-betul berpuas hati dengan penerbitan album terbaru Padi yang turut dianggotai Fadly selaku vokalis, Piyu (gitar utama), Ari (gitar kedua) serta Ari (bassist) ini.


Sebabnya ialah kerana mereka masih berupaya menonjolkan kekuatan di segi indetiti serta bunyian muzik mereka yang memang sudah akrab bersarang di jiwa peminat mereka.


Sungguhpun begitu banyak improvisasi yang dilakukan Padi di dalam album ini iaitu dengan memberikan tumpuan terhadap permainan muzik yang semakin hebat dan matang, bunyian yang semakin kaya dengan elemen-elemen baru serta beat-beat yang lebih berwarna dan bervariasi.


Dari segi liriknya pula, ia kedengaran lebih universal berbanding empat album terdahulunya yang fokusnya sebelum ini asyik memperkatakan mengenai cinta, cinta dan cinta.


Kali ini, lebih banyak persoalan mengenai kedamaian, perjuangan hidup serta kehidupan ini diperkatakan. Barangkali, ia adalah hasil daripada pengamatan mereka terhadap bencana tsunami serta gempa bumi yang pernah melanda bumi Indonesia sebelum ini.
Malah, buat pertama kali juga, Piyu dan Rindra turut tampil sebagai vokali menerusi lagu Belum Terlambat serta Jangan Datang Malam Ini. Lagu Belum Terlambat yang dijadikan sebagai track ketiga album ini adalah sebuah lagu mellow yang saya rasa cukup tipikal daripada Padi.


Maksud saya lagu inilah yang paling mudah menjadi lagu paling cepat diterima oleh kalangan peminat band muzik Padi ini. Lagu Jangan Datang Malam Ini pula sekadar biasa saja.


Sungguhpun begitu, saya lebih tertarik dengan track pertama, Sang Penghibur yang mempunyai tempo agak tinggi. Selalunya memang begitulah track pembuka Padi. Mesti mempunyai tempo yang tinggi.


Sungguhpun, Padi cuba bereksplorasi untuk memenuhkan segenap dengan elemen serta bunyian yang sungguh kenyal. Ada pengaruh Muse di dalam lagu ini. Sebab itu muziknya kedengaran penuh di mana-mana pun.


Paling membuatkan saya rasa happy dan senang bila ada lagi lagu seperti Menerobos Gelap yang dimuatkan di dalam album. Terluka yang menjadi track kelima album ini tetap menggunakan formula melodi serta lirik yang sama. Iaitu seseorang yang kecewa tetapi bangkit semula daripada kegagalannya.


Sungguhpun begitu energy lagu ini tidak akan tercapai jika tidak diiringi dengan kepantasan Piyu dan Ari yang dari awal hingga akhir berusaha untuk melengkapi antara satu sama lain dengan mengangkat nuasa lagu itu ke tahap yang terbaik.


Track yang seterusnya Jika Engkau Bersedih yang turut menggunakan akustik gitar, cello dan cajun bersama koir yang terhasil secara impromptu pula akan mengingatkan anda pada lagu Save My Soul terutama bahagian bunyian etniknya. Cuma ia bersifat lebih moderate.


Elemen dan bunyian etnik masih lagi terus menguasai lagu Teruslah Menyanyi yang menyusul selepas itu. Bunyian whistling, clapping digunakan termasuklah alat muzik brass seperti trumpet dan fugelhorn. Ia sebuah lagu yang ceria dan mempunyai energy macam album Penjantan Tangguh daripada Sheila On 7.


Aku Bisa Menjadi Kekasih yang menjadi track terakhir album ini juga harus anda hayati kerana Padi cuba menyelitkan unsur dan pengaruh The Police. Sangat relevan dengan kemunculan The Police dengan konsert jelajah ulang tahun band muzik mereka.

Yana AF6 pelajar pertama tersingkir


PETALING JAYA, 23 MAC 2008: Ramalan ramai pihak bahawa tiadanya penyingkiran dalam konsert sulung Akademi Fantasia musim keenam (AF6) yang berakhir lewat malam tadi nyata tersasar kerana Yana menjadi pelajar pertama yang terpaksa mengundur diri.


Keputusan mengejutkan itu diumumkan pada penghujung konsert itu yang berlangsung di Dewan Sivik, di sini.


Dalam konsert itu, Yana atau nama sebenarnya, Marliaya Omar Walid, 24, membawakan lagu yang pernah dipopularkan Elyana, Diriku Tapak Sulaiman. Beliau berasal dari Kuala Kangsar, Perak dan bekerja sebagai penyanyi sambilan.


Dengan penyingkiran itu, kini 13 pelajar lain akan meneruskan perjuangan pada minggu depan.

Pelajar lain yang membuat persembahan malam tadi ialah Mama Rina dengan lagu Simply The Best yang pernah dipopularkan Tina Turner, Naim (Memburu Rindu), Lufya (Ingkar), Alif (Sayang Sayang), Ika (Kesetiaan), Nadia (Rindu), Toi (Pagi Yang Gelap), Riz (Ketulusan Hati), Nubhan (Ruang Rindu), Stacy (No One), Faisal (Satu Qiblat Yang Sama), Saida (Terlalu Cinta) dan Stanly (You Raise Me Up).

Konsert yang julung kali dihoskan AC Mizal itu turut menampilkan pengkritik tetap iaitu Fauziah Datuk Ahmad Daud dan Ning Baizura serta Ajai sebagai pengkritik jemputan.


Antara pelajar yang mendapat pujian pengkritik dalam konsert pertama itu (dari segi persembahan dan vokal) adalah Toi, Nadia serta Riz manakala pelajar yang teruk dikritik adalah Naim dan Ika.


Juara AF6 kelak akan menerima hadiah lumayan seperti sebuah banglo 4 bilik di A Famosa Resort (Melaka), sebuah kereta Peugeot 307, wang tunai RM25,000 serta pakej percutian ke New York.

Superman memang Superb - Faizal Tahir



Label: MonkeyBone
Judul: Aku. Muzik. Kamu
Artis: Faizal Tahir
Genre: Pop Rock




Agak lama saya tidak bepeluang mendengar sebuah album tempatan yang mempunyai konsep rock n roll yang best, cool dan happening macam album sulung Faizal Tahir yang berjudul Aku. Muzik. Kamu.


Pada masa yang sama ia memiliki kualiti yang cukup baik dari segi kerja produksinya dan lebih memberikan kepuasan apabila album ini turut membuatkan hampir kesemua lagu yang memang enak menjadi santapan jiwa dan halwa telinga.


Itu belum lagi dicampur dengan vokalnya yang memang dahsyat. Saya harus katakan di sini bahawa dia adalah antara penyanyi lelaki tanahair kita yang terbaik selepas Amy Search, Awie Wings, Hattan, Anuar Zain dan Hazami.

Namun, uniknya Faizal kerana vokalnya cukup versatil kerana dia boleh menyanyikan lagu R&B dengan cukup baik sebagaimana yang dibuktikannya dengan lagu Kasih Tercipta serta melontarkan vokalnya dengan nuansa rock yang lebih tebal dalam Mahakarya Cinta.


Jadi kalau anda banyak sangat mendengar kata-kata pujian dilemparkan terhadap album sulung Faizal Tahir ini, tidak perlulah persoalkan mengapa dan sebab apa fenomena itu terjadi.


Sayang seribu kali sayang dengan musibah yang menimpa Faizal berikutan insiden membuka baju itu. Ramai yang bertanya pandangan saya mengenai tindakan Faizal yang sama sekali dianggap keterlaluan waktu menjayakan konsert tersebut.


Dalam hal ini, saya lebih sayangkan bakat semulajadi yang ada pada Faizal. Lagipun selama 10 tahun menjadi penulis hiburan, memang susah untuk melihat kemunculan penyanyi lelaki yang bagus-bagus di dalam industri.


Apatah lagi bila Faizal juga boleh menulis lagu serta mencipta liriknya sendiri dengan begitu baik sekali. Saya tak nafikan Faizal harus menerima 'hukuman' hasil daripada kesilapannya yang tidak berfikir panjang itu. Tapi, biarlah 'hukuman' itu benar-benar setimpal serta tidak menberikan kesan sampingan buruk yang lain yang boleh menjejaskan periuk nasinya serta masa depannya sebagai penyanyi rakaman.


OK, kita tinggalkan dulu isu kontroversi Faizal itu. Terus kepada album ini. Kalau anda seorang pendengar yang cukup peka, cerewet serta amat dahagakan good music daripada atau penghibur tempatan kita, maka album ini memang sangat berbaloi untuk dimiliki.


Sebaik saja menghayati dari satu lagu ke satu lagu di dalam album ini, anda secara automatik pasti akan menggelarkan Aku. Muzik. Kamu sebagai sebuah killer album kerana setiap lagu yang diselitkan di dalamnya mempunyai kekuatannya yang tersendiri.


Rasanya tidak perlulah saya mengulas lebih panjang lebar mengenai lagu Mahakarya Cinta ciptaan Audi Mok serta Shah Shamshiri kerana anda sudah cukup kenal akan lagu itu.


Saya mahu membawa anda menghayati lagu Aku Punya Kamu yang sangat kental elemen bluesnya walaupun hanya menggunakan range 12 bar blues namun ia digarap dengan cukup baik oleh Audi Mok dan Faizal sendiri berjaya memberikan nyawa pada lagu ini dengan lirik yang cukup menarik.


Saya juga suka dengan persembahan vokal Faizal di dalam track keempat ini kerana dia perlu menggunakan banyak range vokalnya yang berbeza-berbeza. Sesuatu yang mencabar untuk Faizal membawakan lagu ini.


Memang lagu ini adalah antara yang paling saya gemari kerana ia sentiasa mengingatkan saya kepada lagu-lagu yang pernah dibawakan penyanyi British, Robbie Williams yang juga salah seorang daripada anggota kumpulan Take That.


Sampai Syurga ciptaan Audi bersama Faizal yang berada di dalam track ketujuh juga adalah kegemaran saya. Saya tidak tahu bagaimana hendak jelaskan mengapa saya menyukai lagu ini. Walhal ia adalah sebuah lagu moderate perlahan dan melodinya sebenarnya adalah biasa saja. Namun susunan muziknya yang superb itu membuatkan lagu itu memiliki jiwanya sendiri.


Malah ada beberapa verse tertentu pada lagu itu yang kedengaran sayu hingga berjaya menyentuh emosi saya dan liriknya yang menceritakan mengenai harapan seseorang yang sanggup menunggu seseorang yang disayangi serta dicintainya itu membuatkan jiwa raga kita sebagai pendengar menjadi lebih tersiksa dan kacau.


Sungguhpun lagu ini turut memberikan harapan untuk kita terus bergerak ke hadapan dan pada saat itulah ia dicantikkan lagi dengan iringan vokal koir latar daripada Edna Angles yang cukup sweet serta mempesona. Sesuai dengan mood lagu itu.


Lagu lain yang harus anda putarkan juga ialah Kerna Kamu. Energy pada lagu ini akan mengingatkan anda pada Generasiku (OAG) terutama sekali pada korusnya.


Mungkin Tidak Bisa pula mempunyai pengaruh lagu Indonesia. Penggunaan Na..Na...Na... itu mengingatkan saya pada salah sebuah lagu yang pernah dibawakan sebuah band muzik Indonesia. Begitu juga dengan Mestikah Ada Yang Lain. Lagu ini mempunyai pengaruh Dewa19 yang sangat tipikal.


Sebuah lagi lagu ialah La Di Dum yang berbahasa Inggeris. Dalam lagu ini, Faizal nampak begitu bebas melontarkan vokalnya dengan tahap paling maksimum. Waktu dengar lagu yang memiliki sentuhan Queen ini, saya tidak dapat bayangkan ia adalah nyanyian Faizal. Superb sangat....

Sunday, March 23, 2008

Ejariah Sistem Rantai Berasaskan Islam

JOM KITA BERSAMA DALAM SATU KOMUNITI
TOLONG MENOLONG ANTARA SATU SAMA LAIN!!!

Satu Lagi Peluang Untuk Menjana Pendapatan Tambahan Tanpa Had Secara Sambilan Sahaja! Ini Adalah Program Realiti Bukan Fantasi!! Ramai Yang Telah Berjaya, Mengapa Tidak Anda!! Rebutlah Peluang Keemasan Ini Sekarang Juga!! Ini BUKAN Skim Cepat Kaya, Skim Piramid, Pelaburan, Surat Berantai, Multi Level Marketing (MLM) atau sebagainya. Program ini berasaskan Sumbangan Ikhlas yang dikendalikan secara professional dan bertujuan Membantu Sesama Kita. Program ini tidak melanggar Syariat Islam dan tidak menyalahi undang-undang kerana tiada unsur paksaan dan setiap peserta baru akan memperolehi satu produk berbentuk informasi yang amat berguna bagi memastikan kejayaan setiap peserta dalam program ini.


Untuk Maklumat Lanjut e-jariah

KONSERT AKADEMI FANTASIA PERTAMA BERAKHIR SUDAH

Yana Pelajar Pertama Tersingkir

Pada Konsert Akademi Fantasia minggu pertama, Yana diumumkan mendapat undian paling rendah apabila undian ditutup. Ini bermakna gadis dari Perak ini menjadi peserta pertama yang terpaksa meninggalkan Akademi Fantasia musim keenam.

Yana yang menduduki ke-12 pada permulaan konsert terpaksa akur dengan undian penonton. Pada konsert malam ini, Yana menyanyikan lagu Diriku Tapak Sulaiman yang pernah dipopularkan oleh Elyana.

Kini, tinggal 13 pelajar akan meneruskan pengajian dalam Akademi Fantasia. Teruskan menonton dan mengikuti perkembangan mereka dalam Akademi Fantasia di Astro Ria Saluran 104 dan jangan lupa AFUNDI pelajar kegemaran anda.


Mother Days

M... is for the million things she gave me,


O... means only that she's growing old,


T... is for the tears she shed to save me,


H... is for her heart of purest gold;


E... is for her eyes, with love-light shining,


R... means right, and right she'll always be.


Put them all together, they spell "MOTHER,"
A word that means the world to me.