Saturday, March 22, 2008

KONSERT AKADEMI FANTASIA MALAM INI

Konsert Akademi Fantasia 6 Malam Ini

Raptai penuh berjalan dengan lancar. Pelbagai kejutan bakal menemui penonton pada Konsert Mingguan Akademi Fantasia pertama, 9 malam ini di Astro Ria Saluran 104.

AC Mizal nampak sudah bersedia dan penuh bersemangat untuk menemui penonton buat pertama kali dalam Konsert Akademi Fantasia.

Berikut adalah perkembangan pelajar berdasarkan persembahan raptai:

Alif. Kekuatannya adalah lagu tugasan yang diberikan masih hangat diputarkan di radio. Tumpuan perlu diberikan kepada vokal dan persembahannya. Penghayatan dan daya bujukan perlu untuk menyampaikan lagi maksud lagu agar sampai kepada penonton.
Faisal. Kekuatannya adalah lagu tugasan menepati vokal dan citarasanya. Tumpuan perlu diberikan kepada aspek tarian. Demi persembahan yang lebih menarik, perlu ada sekurang-kurangnya sedikit gerak tubuh mengikut irama lagu.
Ika. Kekuatan Ika adalah fizikalnya yang menarik. Kekuatan ini perlu ditonjolkan melalui vokal dan persembahan yang mantap juga. Tugasan lagu ini sekurang-kurangnya lebih mudah daripada tugasan lama dan seharusnya dibuktikan dengan persembahan yang baik.
Lufya. Kekuatan Lufya adalah keyakinan dirinya. Dia nampak begitu yakin dan menikmati persembahannya di pentas. Jika dia mampu membuat persembahan yang lebih baik di konsert, pasti statu persembahan menarik akan ditunjukkan.
Nadia. Kekuatan gadis kecil molek ini pastinya adalah kelantangan vokalnya. Sebutan dan penceritaan jelas. Pergerakan yang minima sudah cukup untuk menghasilkan persembahan yang memukau.
Naim. Kekuatannya adalah gaya dan personaliti remajanya. Tetapi pada persembahan raptai, dia nampak kaku dan gementar. Personaliti remajanya juga seakan hilang. Suntikan semangat rock perlu lebih diberikannya pada konsert nanti.
Nubhan. Kekuatannya adalah suara yang lunak merdunya. Perasaan malu dan gementar perlu segera dikikis. Malah dia perlu menggunakan kelebihan matanya yang sayu untuk memukau hati penonton.
Rina. Kekuatannya adalah kelincahannya di atas pentas. Suara dan persembahannya baik. Tetapi pergerakan perlu dikurangkan kerana adakala ia mengganggu persembahannya. Perubahan penampilannya juga nampak menarik.
Riz. Kekuatannya adalah penghayatan yang baik. Sesekali terdengar lagu ini seakan lebih menarik dinyanyikan Riz berbanding penyanyi asal. Namun, dia perlu memberikan pergerakan minima kerana fokus lagu ini adalah kepada kekuatan vokal dan penghayatan.
Saida. Kekuatannya adalah suara yang merdu dan sedap didengar. Penghayatannya juga agak baik. Tetapi, perasaan gementar perlu segera diatasi kerana hanya akan membunuh persembahannya.
Stacy. Kekuatannya adalah vokal yang mantap. Namun dia perlu berhati-hati dengan sebutan memandangkan dia menyanyikan lagu Inggeris. Pergerakkanya perlu dikurangkan dan sepatutnya seiring dengan tempo lagu.
Toi. Kekuatannya adalah persembahan yang menghiburkan. Namun, dia perlu meningkatkan lagi kemahiran vokalnya. Dia juga kurang konsisten dalam membuat persembahan. Ada ketika dia nampak gementar.
Yana. Kekuatannya adalah kesederhanaan dalam persembahan. Namun ada kalanya pergerakannya seolah-olah menghilangkan keremajaan lagu ini. Dia mengurangkan pergerakan tangan yang seakan menggangu persembahan.

Apakah pelajar ini mampu melaksanakan tugasan pertama pada malam ini? Semuanya akan terjawab dalam Konsert Mingguan Akademi Fantasia pertama jam 9 malam ini hanya di Astro Ria Saluran 104.

Jangan biarkan mereka disingkirkan di minggu pertama. Jadi, teruskan AFUNDI pelajar kegemaran anda!


info: www.axcess.com untuk membeli tiket, dan jangan lupa mengunjungi www.aliffc.com

Sumber-Astro

No comments: